Wednesday 9 December 2009

Posting di Sabah

Salam perjuangan, kerinduan dari kejauhan... moga kita semua masih lagi dan senantiasa berada dalam dilindungan dan keredhaan ALLAH S.W.T.. Amin...
7/10/2009 - dapat surat dari posmen yang mengatakan aku dipostingkan di sabah...
hancur remuk hati ini kerana tidak menjangka akan pergi sejauh itu.. nun di negeri bawah bayu.. melintasi laut China Selatan.. tp akan daya suratan rezekiku berada disana.. xdapat nak mengubah atau menolaknya... terima ajelah...
bila ingat ramai yang xdapat posting bersyukurlah kerana aku dapat posting walaupun dimana kita diletakkan... bak kata M3 kita adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja kita dicampakkan, disitulah kita akan berjuang (mendidik anak bangsa)..
25/10/2009 - bertolak ke Hotel Goldcourse, klang..
26/10/2009 - mendengar taklimat penempatan dll di dewan hotel tersebut..
27/10/2009 - berlepas ke Kota Kinabalu
28/10/2009 - mendengar taklimat lagi kat hotel KK...
jenuh dengar taklimat je... ptgnya barulah dapat tahu kat mana aku ditempatkan.. nun jauh skali dalam negeri sabah... Tawau... SMK Balung.. Sekolah Cemerlang Luar Bandar 2009..
29/10/2009 - skali lagi naik flight ke tawau..
jam 10 pg barulah sampai kat SMK Balung... namanya hampir sama nga kampungku.. kg bakong.... hehehe rezekiku disini.. syukur alhamdulillah...
9/12/2009 - aku masih kat SMK Balung.. xdibenarkan pulang kerana baru masuk..
tradisi sekolah katakan.. org baru kena jaga skolah untuk 1 bulan.. huhuhu...
dah namanya skolah.. dibina kukuh.. terpacak di tanah.. xkan lari melainkan gempa bumi... huhuhu... so, kerana guru baru aku mengikut apa saja arahan yang diberikan.. bukan jadi pak turut tp menghotmati orang atasan.. Organisasi sesebuah skolah... beginilah kehidupan.. kita merancang ALLAH juga merancang.. namun perancangan ALLAH itu yang lebih baik...
16/12/2009 - barulah aku boleh balik kampung.. xsabar rasenye.. mahu jumpe org tersayang di sana.. tiket lama sudah ditempah.. huhuhu...

No comments:

Post a Comment